PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada
pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di
pertengahan jalan.
Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus
membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak
boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi.
Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih
ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan
lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai
cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori
sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau
indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu
diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta
anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan
merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa
lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda
cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk
bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan
yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa
lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!
Beberapa hal yang
perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:
- Bagaimana
keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
- Kehidupan
sekarang lebih baik daripada masa lalu.
- Cerita
percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
- Ceritakan
percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan
pasangan ketika ini.
- Jalani
hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan
cinta.
- Tanamkan
dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk
menceritakan kisah percintaan masa lalu.
(hehehe.... kayak diri ne insan yang pandai sgt lah bercinta smpai-sampai posting citer kayak ne.. hohoho)
(hehehe.... kayak diri ne insan yang pandai sgt lah bercinta smpai-sampai posting citer kayak ne.. hohoho)